Powered By Blogger

NAK TAU TENTANG SAYA?

Foto saya
asajaya, sarawak, Malaysia
Hai.. terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya :) jgn lupa klik LIKE fb page bawah tu erk! serta klik REAKSI thadap blog ini. saya adalah seorang pencinta seni & pencinta fesyen .. very luv it!!

Selasa, Jun 10, 2014

PERSEDIAAN SEBELUM MELANGKAH LEBIH JAUH

Memulakan bisnes bukan hanya harus tahu menguruskan kewangan malah juga tahu tentang produk/perkhidmatan yang di sediakan. Lebih baik jika anda pakar dalam bidang tersebut.

Selain itu mempunyai produk tanpa dikenali orang juga adalah satu cabaran dalam perniagaan. Pentingnya teknik promosi,iklan dan sebagainya adalah sama penting dengan pengurusan kewangan,kemahiran serta ilmu tentang barang jualan anda.

Di dalam perniagaan komunikasi terhadap bakal_bakal pelanggan juga harus dititik beratkan bukan sekadar memikirkan tentang untung semata. Pelbagai permasalahan mungkin akan timbul dengan atau tanpa kita sedari,justeru teknik mengawal emosi ketika berhadapan dengan cabaran harus disedia sebaik kita melangkah ke bidang perniagaan ..

saya sendiri banyak belajar dari kesilapan,kerana itu berfikiran positif haruslah menjadi pegangan,. menggabungkan hobi,kecenderungan,minat serta kemahiran serba sedikit dalam bidang jahitan dan perniagaan telah membawa saya membuka kedai jahit secara online, yang mana lebih flexible masa serta mendapat lebih kepuasan dalam hidup.

 Beza antara bisnes online lebih mudah dan cepat. mudah untuk mengawal emosi,dan cepat promosi dijalankan jika tahu caranya.. apapun selamat berbisnes kepada anda yang sedang berjuang dengan kepayahan demi kepayahan untuk maju.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

perniagaan adalah 99 dari 100 punca rezeki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.